Monday 2 January 2017

Pantai Tanjung Bidara, Masjid Tanah, Melaka

By Chongkian - Own work, CC BY-SA 4.0, Link

Pantai yang terletak 10 km dari bandar Masjid Tanah dan 2 km dari Kem Terendak ini merupakan pantai perkelahan yang terkenal di negeri Melaka. Keadaan fizikal pantai yang landai dan pasir yang memutih serta angin sepoi-sepoi bahasa ini merupakan persaingan utama pantai Port Dickson yang terletak lebih kurang 70 km dari Masjid Tanah.

Pantai kegemaran ramai ini turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti tempat letak kereta, padang permainan kanak-kanak, surau, medan selera, tandas awam dan bilik mandi untuk keselesaan para pengunjungnya.
Pesisir pantainya yang luas di samping keindahan dan keunikan kampung-kampung nelayan menjadikan suasana persekitarannya amat damai dan permai.

Menara Kawalan Pantai Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) turut terdapat di sini bagi membantu orang ramai yang mengalami kecemasan sewaktu mandi di Pantai Tanjung Bidara dan Pengkalan Balak.

Sehubungan itu, Pantai Tanjung Bidara, Pantai Padang Kemunting dan Pantai Pengkalan Balak merupakan khazanah alam yang terus dipelihara dengan baik.

Tidak kurang daripada 15 resort dan calet terdapat di tiga lokasi tumpuan pelancong itu termasuk penginapan persendirian yang diusahakan penduduk tempatan di sepanjang pantai tersebut.


Tarikan tiga lokasi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara itu sebenarnya memberi rahmat kepada penduduk tempatan meraih rezeki tambahan.

Sumber: Utusan Malaysia Online

SHARE THIS

Author:

Homestay Kesidang di Melaka menyediakan penginapan homestay yang murah dan selesa. Terdapat 2 unit homestay di bandar Melaka dan 1 unit di Bukit Katil. Kami juga ada menyediakan kereta sewa yang murah untuk di sewa samada kepada tetamu homestay atau sesiapa sahaja tertakluk kepada terma dan syarat. Hubungi kami di Talian 017-9527363 untuk maklumat lanjut.

0 comments: