Wednesday, 6 September 2017

Ikan Bakar Sedap di Melaka

Ikan Bakar Sedap di Melaka: Homestay dekat Ayer Keroh, Melaka yang murah dan selesa dekat kawasan Pelancongan


Kredit Gambar: Amrufm

Terdapat banyak medan ikan bakar di Melaka yang menjadi tumpuan pelancong terutama di hujung minggu dan musim cuti panjang seperti cuti sekolah. Antara medan ikan bakar yang sering menjadi tumpuan ialah di Serkam, Umbai, Crystal Bay, Muara Sungai Duyung dan Pengkalan Balak. Terdapat satu lagi kedai ikan bakar yang terkenal di Melaka ini iaitu ikan bakar Malim yang terletak di Malim dan MITC.

Waktu perniagaan adalah dari petang hingga malam kecuali ikan bakar Malim yang di buka pada waktu siang.

Medan ikan bakar Crystal Bay terkenal dengan ikannya yang fresh tapi harganya murah. Ikan dihidang samada dalam bentuk ikan bakar, ikan kukus atau ikan tiga rasa. Selain dari ikan, terdapat juga makanan lain yang di hidangkan di sini antaranya:
  • Siakap
  • Pari
  • Kembung
  • Kerapu
  • Merah
  • udang
  • Sotong
  • Ketam

Lala, kerang/siham, pahat, dan sebagainya dan banyak lagi menu yang terdapat disini. Ikan bakar biasanya dihidangkan dengan nasi lemak. Jadi sesiapa yang hendak makan ikan bakar dengan nasi putih memang tidak ada di sini.




SHARE THIS

Author:

Homestay Kesidang di Melaka menyediakan penginapan homestay yang murah dan selesa. Terdapat 2 unit homestay di bandar Melaka dan 1 unit di Bukit Katil. Kami juga ada menyediakan kereta sewa yang murah untuk di sewa samada kepada tetamu homestay atau sesiapa sahaja tertakluk kepada terma dan syarat. Hubungi kami di Talian 017-9527363 untuk maklumat lanjut.

0 comments: