By Chongkian - Own work, CC BY-SA 4.0, Link |
Terletak di daerah Jasin, Hutan rekreasi Bukit Batu Lebah ini adalah lokasi bagi anda yang sukakan alam semula jadi.
Ia terletak dalam Hutan Simpan Bukit Senggeh iaitu jenis hutan dipterokarpa bukit. Bukit Batu Lebah ini mempunyai ketinggian 500 hingga 600 meter dari paras laut.
Hutan rekreasi ini dinamakan Bukit Batu Lebah kerana terdapat banyak Batu Lebah pada batu bata dan gua.
Kawasan ini juga amat bersesuaian dengan pendaki gunung baru.
Untuk aktiviti perkhemahan dan bermalam, sila berhubung dengan Pejabat Hutan Daerah.
Hutan rekreasi ini dibuka dari jam 7 pagi hingga 6 petang dan tiada bayaran masuk dikenakan. Jika anda ingin melakukan aktiviti perkhemahan dan bermalam, anda perlu berhubung dengan Pejabat Hutan Daerah terlebih dahulu.
Dengan hanya 16 kilometer (km) dari pekan Jasin melalui Jalan Jasin-Selandar dan 27 km dari Bandaraya Melaka, Hutan Rekreasi Bukit Batu Lebah ini pasti tidak mengecewakan anda.
Sumber:http://www.hmetro.com.my/
Hi semua... Utk makluman ktggian bukit batu lebah 431m dr aras laut... Kami menyediakan khimad guide utk aktiviti caving hiking n treking... Bole whatsap saya 0178850191... Www.facebook.com/bukitbatulebah
ReplyDelete